Entry kali ni just nak share kehidupan masa dekat matrik dulu..this time fokus untuk adik2 lepasan SPM yang terpikir2 nak sambung belajar dekat mana after SPM..1st of all, ni just my own experience n ianya mungkin berbeda pada setiap individu..
Buat pengetahuan adik2 sekalian, akak SPM tahun 2005 dalam aliran perakaunan di SMTKL..to be honest, akak sendri tak tau time tu institusi apa yang terbaik if nak sambung belaja after SPM..akak boleh conclude yang akak ni just ikot2 kawan je n just tanya cikgu2 untuk dapatkan maklumat..penggunaan internet time tu tak de la berkembang pesat macam sekarang..sekarang ni internet di hujung jari je kan..
Nak dijadikan cerita cikgu yang ajar subjek Prinsip Akaun galakkan kteorg sambung blaja dekat matrik..akak n kwn2 pon apply la dekat matrik.. ada 3 pilihan tempat time tu, sekali guess what akak dapat KMKN (Kolej Mara Kuala Nerang) weh..luar daripada pilihan akak..majoriti budak kelas akak dapat situ gak n mostly cakap tempat tu dekat Terengganu (before doing mini research)..pakat dok cakap dekat Terengganu sbbnye ejaan belakang tu dekat dgn Kuala Berang..ape daaa kan..rupe2 nya dekat Kedah weh..punye la Geografi fail masing2.. hehe
Time dapat result kemasukan tu akak tak tau nak ckp hepy ke tak sbbnye mcm jauh je rasa nak pegi n akak ni pulak jenis homesick terokk..hihi..another reason is akak nak tunggu panggilan UPU / Politeknik sbb hati akak berkata tak nak sambung matrik..nak buat diploma actually..nak dijadikan cerita semua kengkawan akak yg dpt panggilan matrik tak ada sorang pon yg dpt panggilan UPU..one of my frens cakap batch kita ni if dah dpt satu tawaran, maka mmg tak akan dpt panggilan lain..kira nama dah kena blacklist la..akak tak pasti situasi ni relevan ke tak untuk korang pada masa kini..mayb keadaan ni berlaku kat batch akak je kot..sbbnye akak ingat lagi sorang kwn akak ckp batch 1988 ialah batch experiment..mcm2 kan diorang ni..hihi
Disebabkan tak dapat tawaran lain akak pegi la gak menyambung pelajaran tanpa rela..pembelajaran dekat matrik ni ada 2 semester..every semester ada lebih kurang 6 bulan and akan ada final exam di tiap hujung semester..yg kelaka nye dekat KMKN time tu, pelajar perempuan ada dekat 400++ while pelajar lelaki dalam 100++..one of cikgu dekat sana penah r berseloroh time minggu orientasi yg pelajar lelaki kat sini untung sebab ada kuota 4 orang..hihi
Sistem Pembelajaran dekat matrik ni non stop weh..kuliah, kuiz, test, exam sentiasa saling sambung menyambung..otak tepu weh dibuatnya..penah sekali akak demam terokk n tak dapat pegi kelas dalam 2 hari camtu..guess what, masuk kelas lepas tu jadi cam lost giler weh..topik dah bertukar n no want boleh tunggu ko..ape pon akak bersyukur sbb dikurniakan roommate yg rajin stadi..time weekend terpaksa pulun untuk kejar balik topik2 yang tertinggal..roommate akak la jadi sifu akak time tu..
Actually cuak time belaja dekat matrik time tu sbb ade kes pelajar kena kick sebab tak achieve pointer..akak bukan apa malu la gak if kena tarik beg mcm student AF..hihi..yang best suasana pembelajaran dekat matrik ni sbb no senior or junior..semua kan rakan sebaya, so tak ade la yg acah2 senior nak sound ko..hihi.. time kelas korang ada pembahagian KULIAH and TUTORIAL..kuliah ni gabungan beberapa buah kelas dok dalam satu hall..time tu pembelajaran secara beramai-ramai..tutorial pulak lebih berfokus sbb korang dok dalam kelas mcm kat sekolah tu..time ni boleh r tanya lebih2 sikit apa yg korang tak paham..
Pasal sijil matrikulasi ni ramai yang tak berapa nak iktiraf actually..bila masuk dunia pekerjaan mostly majikan tak tau sangat sijil ni pasal apa..macam diploma well known, tengok terus orang paham..bila korang ada degree n try nak apply position diploma memang masalah sikit sbb sijil matrik tak setaraf diploma pon..last year baru ada pekeliling pasal pengiktirafan sijil matrikulasi ni..korang boleh baca details as per link below. Ni utk position dalam sektor kerajaan..
http://spa.gov.my/web/guest/deskripsi-tugas/matrikulasi
Secara keseluruhan akak boleh cakap ade prons n cons sambung belaja dekat matrik ni..yang bagus nye lepas setahun korang boleh lompat sambung degree terus..if korang plan nak keje cepat better sambung diploma dulu..after diploma boleh keje then buat degree as part time mode..as reality nowadays, employer is seeking experienced candidate..akak tak cakap qualification tak penting, tapi dunia sekarang serba serbi cepat..semua orang nak yg Hands on Skills..for me, ilmu dan kemahiran praktikal perlu bergerak seiring..ada dua2 baru ummphh.=)
Before mengundur diri nak belanja satu gambar dekat matrik dulu..zaman super duper gemokss sbb makanan dekat Kedah murah n sedap weh..
Wassalam..

No comments:
Post a Comment